STAF: ASET PALING BERHARGA SESEBUAH PERNIAGAAN

Semalam merupakan hari terakhir untuk pekerja kami yang paling lama berkhidmat. Beliau merupakan seorang pemegang diploma kejururawatan dari sebuah kolej swasta. Seorang yang cepat belajar dan boleh diharap ketika kita sangat memerlukan beliau. Juga mempunyai rapport yang baik dengan pelanggan tetap Farmasi Ideal dan sangat disenangi sehingga kadang-kala pelanggan hanya mahu dilayan oleh beliau kerana beliau telah tahu ubat2 yang biasa diambil oleh pelanggan tersebut.

Telah banyak kali cubaan beliau untuk berhenti dan bekerja di tempat lain. Tapi hasrat beliau telah ditolak secara baik oleh pihak pengurusan atas beberapa sebab. Antaranya adalah seperti tempoh notis perletakan jawatan yang terlalu singkat dan melanggar perjanjian semasa menerima tawaran kerja. Tetapi untuk kali ini, kami terpaksa merelakan beliau pergi kerana jawatan yang ditawarkan adalah jawatan yang beliau nanti-nantikan dan di tempat yang agak baik pula iaitu di IJN.

Entry kali ini bukanlah berkisar tentang pekerja ini tetapi lebih berkisar tentang bagaimana staf atau pekerja yang baik itu amat penting dalam sesebuah organisasi tidak kira sekecil manapon syarikat tersebut. Tanpa pekerja yang baik dan berdedikasi, amat sukar untuk sesebuah perniagaan atau organisasi itu untuk maju dengan kadar yang cepat.

Image 

Pengurusan yang cekap sahaja tidak cukup untuk menggerakkan sesuatu perniagaan, tetapi pekerja yang cekap juga amat penting untuk memastikan setiap agenda yang ditetapkan oleh pihak pengurusan dapat dilaksanakan dengan jayanya. 

Pekerja boleh dibahagikan kepada beberapa kategori. Ianya boleh disimpulkan melalui kisah yang agak terkenal ini,

Image

Pada satu hari, seseorang bertanya kepada Napoleon, bagaimana dia membuat keputusan untuk meletakkan askar-askar di pangkat-pangkat tertentu. Jawapan Napolean sangat mudah.

Tentera terbahagi kepada 4 jenis. Bijak atau bodoh, pemalas atau rajin.

  • Yang bijak dan rajin – akan saya jadikan Ketua Batalion Tentera di medan perang. Mereka ini tahu apa perlu dibuat dan boleh memimpin dengan baik.
  • Yang bijak tetapi pemalas – Saya akan jadikan Jeneral Tentera. Mereka ini juga tahu apa yang perlu dilakukan dan mempunyai banyak idea. Cuma mereka tidak berminat untuk melakukannya. Mereka tidak suka membuang tenaga dengan bekerja.
  • Yang bodoh dan malas – saya akan jadikan tentera bawahan. Mereka ini sedia berkorban untuk apa saja.

Jadi apa yang kamu lakukan terhadap mereka yang bodoh dan rajin?

“Mereka ini akan saya tembak”

Apa yang dapat kita ambil iktibar daripada cerita ini kepada pengurusan syarikat anda sebagai seorang boss ?

Beginilah juga kita dalam memimpin perniagaan kita.

Pekerja juga terbahagi kepada 4 jenis. Bijak dan bodoh, rajin dan malas.

  • Pekerja yang bijak dan rajin – Mereka ini sesuai dijadikan Pengurus Pemasaran. Mereka ini tahu apa untuk dilakukan untuk memasarkan produk anda dan mereka ini juga tahu mengerah salesman untuk membuat jualan.
  • Pekerja yang bijak dan pemalas – Mereka ini sesuai dijadikan CEO atau Pengurus Bahagian Strategi syarikat. Mereka juga tahu apa untuk dilakukan dan mempunyai banyak idea. Cuma mereka malas untuk melaksanakan idea tersebut.
  • Pekerja yang bodoh dan pemalas – Mereka ini sesuai digunakan untuk membuat kerja-kerja harian seperti menaip surat, mengangkat telefon, menghantar barang dan membayar bil serta kerja-kerja yang menggunakan tenaga

Bagaimana pula dengan mereka yang bodoh tetapi rajin ?

Mereka ini sesuai untuk dipecat.

Sebab: Orang yang bodoh tetapi rajin, akan membuat perkara bodoh. Lebih rajin dia, lebih banyak kesalahan yang akan dilakukan. Jadi orang seperti ini tidak sesuai untuk berada dalam syarikat anda.

Image

ERm… setujukah anda dengan pernyataan di atas? Terpulang… Bagi saya ada juga benarnya.. Cuma kadang-kala kita tidak berapa bernasib baik dalam soal pekerja. Kita tidak dapat sesekali menilai sikap individu melalui resume atau semasa sesi temuduga sahaja. Kadang-kala kita terpaksa ‘gamble’ atau percaya pada gerak hati semasa mengambil pekerja.

Jika sesebuah syarikat atau organisasi atau peniaga berjaya mendapat ciri-ciri pekerja yang terbaik, jangan ragu-ragu untuk offer bayaran tinggi sedikit kepada pekerja tersebut kerana ianya lebih berbaloi untuk menjadikan pekerja tersebut setia dengan kita dan boleh sama-sama memajukan syarikat/perniagaan kita. Seperti yang saya katakan awal tadi… Pekerja yang baik/cekap/cemerlang adalah aset terpenting sesebuah syarikat/perniagaan.

Bahkan pengasas produk Bosch iaitu Robert Bosch juga pernah berkata

” I dont pay good wages because i have a lot of money, but instead, i have a lot of money because i’ve paid good wages”

Renung-renungkan… dan semoga bermanfaat kepada yang membaca…

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s