Kesilapan2 yang dilakukan sepanjang 9 bulan berniaga (part 1)

Diam-diam, dah hampir 9 bulan Farmasi Ideal beroperasi. Banyak pengalaman dan cabaran yang kami pelajari sepanjang tempoh yang singkat ini. Adat berniaga, jika mahu maju kena sentiasa post-mortem kelemahan dan kesilapan yang pernah dilakukan supaya tidak berulang lagi. Kami juga banyak menceduk pengalaman otai-otai yang lain yang telah lama berada dalam arena perniagaan farmasi ini. Ada yang telah berniaga lebih 12 tahun dan sudah pasti banyak pengalamannya kan..

Ada pepatah Inggeris menyebut: “Orang yang pandai belajar dari kesilapan sendiri, tapi orang yang bijak belajar dari kesilapan orang lain”

Jadi di post kali ini, saya ingin kongsikan beberapa kesilapan yang telah saya lakukan sepanjang sembilan bulan ini untuk menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tak perlu mengulangi kesilapan yang sama. Sebab bagi saya, bukan resepi kejayaan sahaja yang perlu dikongsi, tapi resepi kegagalan juga perlu dikisahkan supaya the overall picture of business dapat diketahui sebelum anda2 nak terjun ke dunia perniagaan dan keusahawanan….

Kesilapan 1: TIDAK MENETAPKAN HALA TUJU PERNIAGAAN YANG JELAS

master plan

Masa kami mengambil keputusan untuk membuka kedai, kami cuma buat Rancangan Perniagaan untuk mendapatkan pinjaman kewangan sahaja. Kami tidak mempunyai PELAN PERANCANGAN PERNIAGAAN untuk jangka masa pendek dan panjang yang betul-betul jelas dan menyeluruh.

Setelah beberapa bulan berniaga, dan bertemu dengan ramai usahawan yang hebat2 seperti En. Khairil Hafidz (Pengusaha Tart Royal Ananas), En. Rozi Rosli (Sahabat yang mempunyai banyak jaringahn perniagaan yang hebat pada usia yang muda) dan beberapa orang lagi, kami merasakan yang betapa perlunya mempunyai satu BLUEPRINT atau MASTER PLAN perniagaan yang betul2 jelas. Blueprint ini perlu mengandungi dengan jelas apa yang kita hendak buat setiap tahun, apa yang kita rancang untuk 5 tahun, bagaimana kita rancang untuk merealisasikannya, Apa juga rancangan dalam 10 tahun (contohnya: kita nak syarikat kita tersenarai dalam BURSA KL).. Bila target dah dibuat, ianya perlu diikuti dengan strategi untuk memastikan target tersebut tercapai. Perkara ini memerlukan satu sesi brainstorm yang betul-betul serious antara orang-orang yang akan menentukan hala tuju perniagaan kita.

Sesi perbincangan dengan En Khairul Hafidz @belacak betul2 telah membuka mata kami tentang apa yang perlu kami buat untuk memastikan kami sentiasa move forward. (Beliau dapat ilmu ni dengan membayar harga yang mahal, kami pula mendapatnya secara percuma melalui beliau yang tidak lokek berkongsi ilmu.. Tq fren)..  Statement berbaur  cabaran dari En Mohd Rozi Rosli juga betul2 membuakkan lagi semangat kami untuk betul2 merancang hala tuju perniagaan kami. Beliau antara sumber inspirasi kami. Melihat semangat beliau dalam mengembangkan empayar perniagaannya.. kata-kata beliau masih terngiang-ngiang di telinga saya saban hari ‘

“Tak kan lepas 5 tahun ko masih bangga nak cerita kat orang pasal satu kedai farmasi ko tu je?”… huhuhu….betul jugak kan? Dah lah setiap tahun Fakulti Farmasi akan jemput untuk bagi talk kat student final year. Tak kan every year nak cite pasal satu kedai ni je..

Jadi, me and husband pun start sit down and buat our blueprint.. All our ideas was put into paper and semua strategy pon difikirkan Dan kami mula nampak ke mana arah tuju kami. Alhamdulillah…Mungkin kami lambat berbanding orang lain, but better late than never kan?

Kesilapan 2: TIDAK MEMPUNYAI SKILL BER’NEGOTIATION” DENGAN PEMBEKAL

nego

Skill negotiate ini amat penting ketika berurusan dengan pembekal terutama dengan Sales Repnya. Oleh kerana sumber pendapatan utama sales rep ini adalah berdasarkan komisyen jualan, maka mereka akan berusaha sedaya upaya untuk menjual kuantiti yang banyak kepada kita. Oleh kerana pada awalnya kita tidak mempunyi grup dan kawan2 yang otai, kita tak pandai nak menolak apa yang rep2 ni suggest. Kita rasa malu kalau tak ambik apa yang dioffer. Akibatnya, ada ubat yang setelah 9 bulan cuma jalan satu tube je dari 98 kotak yang kita dah bayar!! Maknanya kita dah rugi kat holding stok.. Naseb baik lepas masuk group business farmasi2 wanita, banyak yang saya belajar, rupanya kalau ubat kita tak jalan, kita boleh nego ngan sales rep untuk pulang dan tukarkan dengan barang yang memang laku.. Lepas tu kalau rep tu push2 kita, kita jangan malu2 untuk tolak and kata tak nak sebab yang akan tanggung kerugian nanti bukan dia, tapi kita.. Skill negotiate saya semakin baik sejak akhir2 ini especially bila selalu bertanya kepada kakak2 @ mentor2 yang dah lama berniaga dalam bidang ni. Alhamdulillah…. memang betullah kita takkan terus pandai dalam berniaga ni.. tapi semuanya melalui pengalaman dan ringan mulut.. Nasihat saya, siapa yang nak bukak farmasi, pergilah buat kawan dengan owner2 farmasi yang berdekatan than kalau boleh buat strong connection yang dorang supaya kita boleh tanya2 nanti and kalau lagi baik boleh kongsi2 beli barang.. banyak jimat tu walaupun kalau ikut law, tak boleh!!! hihih..

That’s all for now.. tunggu sambungan Part 2 tau.. banyak lagi kesilapan yang dah buat nih sebenarnya…nak share sgt ngan orang2 lain supaya uolz tak yah buat kesalahan nih bila mula niaga nanti…

9 thoughts on “Kesilapan2 yang dilakukan sepanjang 9 bulan berniaga (part 1)

  1. Ema says:

    Salam….

    Kak Hendra, I’m really impressed and so tekejut bila u dah open ur own farmasi. Then, start terfikir sampai bila nak kerja macam ni. Lama juga la sampai dpt peluang yg betul2 baik. In the mean time, I did plan mcm2 utk farmasi sendiri dri how to start and kembangkan.. Heheh…x salah berangan kan? penah juga berangan kalau join cosway..tapi stakat angan2 la…even skrg I’m still mkn gaji as community pharmacist coz nak berguru dulu…memg salute la bila kak hendra open ur own brand pharmacy…heheh…

  2. hi ema.. owh ema pon sekarang kat retail ke? good start lah tu.. akak dulu pon bermula dengan berangan ngan husband gak.. tapi faris@husband akak tu tak berangan kosong rupanya.. dia yang put idea into action.. carik sumber kewangan yang boleh bantu untuk start and berkenalan ngan owner2 farmasi sekitar shah alam.. Bukan tiba-tiba je pon buka kedai ni ema.. hihi.. btw, nothing to be impressed pon ngan akak nih.. masih jauh perjalanan dalam perniagaan ni.. btw, if you need anything nak tanya pasal nak bukak retail, jgn segan2 tau.. dulu before akak bukak pon, slalu tanya kat sorang kakak ni.. now, my time tolong orang lain pula.. keep in touch tau,ema!

  3. Yy Cheong says:

    Salam sejahtera Puan Hendra (I hope that I didn’t address wrongly). I am Cheong. Saya seorang farmasi yang masih bekerja di government. Boyfriend saya dgn saya merancang nak buka kedai farmasi, tengah struggling untuk save capital yang mencukupi dan tengah cuba mempelajari kaedah2 untuk beroperasi kedai farmasi memandangkan saingan masa kini memang hebat.

    We was so impressed by Puan Hendra sharing, in fact my bf shared me your blog and with sincere we would like to visit Puan Hendra and listen to your experience sharing. after reading your blog, we realise that Masterplan and blueprint is important indeed and we have drafting on it with the main objective of business later would be “customer service, pharmaceutical care”.
    Maafkan saya jika permintaan saya keterlaluan. Tetapi with sincere just wish to pay a visit to Puan Hendra and would like to hear your sharing if you don’t mind and it is convenient to you.

    One more thing to encourage me to drop Puan Hendra a reply is that coming Sunday is my boyfriend birthday. Sebelum ini, dia pernah suggest that jika boleh nak berkongsi sharing from Puan Hendra. Saya mengambil kesempatan tersebut sebagai “birthday gift” and juga lebih pentingnya untuk perancangan kedai farmasi.

    Jika Puan Hendra sudi dan berasa selesa, izinkan saya untuk meninggalkan contact no bagi perhubungan kemudian. Jika tidak, saya amat berterima kasih atas perkongsian Puan Hendra, memang banyak pengajaran dapat saya pelajari daripada blog tersebut.

    Terima kasih sekali lagi & semoga Puan Hendra dan family sihat and happy always.

  4. Yy Cheong says:

    Minta maaf, saya lupa meninggalkan contact no saya 0174711967 (please feels free to drop me a massage anytime if Puan Hendra feel convenient. Jika tidak, tidak bermasalah🙂 Puan Hendra boleh panggil saya yy in short.

    I just wish to drop a private message to Puan Hendra, sebab itu leave a reply melalui blog ini.

    Million thanks again.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s