Celik Momz: Prof Muhaya

Sampai ke Jakim jam 7.50 pg dan terus mendaftar di kaunter. Alhamdulillah datang awal jadi segalanya mudah dan dapat duduk di barisan paling depan sekali.
Program bermula trpat jam 9.10 am dimulai dengan bacaan al quran oleh ustazah Sharifah Kassim diikuti bacaan doa.
Peserta yang hadir lebih kurang 800 orang termasuk yang hadir dari Singapura, N9, dan lain-lain.
Pengisian memang terbaik walaupun banyak isinya telah biasa didengar atau di baca dari penulisan beliau atau melalui vblog beliau. Walaubagaimanapun pengisian oleh anak beliau, Dr Atiyah Azmi, saya dapati agak menarik kerana beliau berkongsi mengenai kaedah NLP dalam komunikasi bersama anak-anak. Cara beliau yang sering mengaitkan pengalaman peribadi beliau sebagai anak Prof Muhaya menjadikan sesi tersebut lebih bermakna.
Para peserta di lihat amat positif dan memberikan reaksi yang begitu membina.

Sesi petang lebih menarik apabila dua orang artis yang telah “berhijrah” memakai tudung dijemput untuk berkongsi pengalaman mereka. Artis tersebut adalah Yat dan Farah yang famous dengan lagu “Bagaikan Puteri” tu. Kisah Yat memang menarik apabila beliau menceritakan bagaimana beliau mendapat hidayah tersebut. Telatah Yatt yang memang bubbly tu amat menghiburkan disam[ing memberi banyak pengajaran. Prof Muhaya banyak mengaitkan perjalanan hidup Yatt untuk berubah dengan apa yang telah diajar pada sesi paginya.

Sesi soal jawab juga agak menarik kerana banyak soalan-soalan yang agak relevan dan kontemporari diajukan dan dijawab dengan penuh bermakna oleh Prof. Satu soalan yang membuatkan saya amat tersentuh adalah soalan yang diajukan oleh oleh seorang bapa berusia 60 tahun yang bertanya, “Sekarang saya dah tua, saya baru perasan banyak yang saya buat dulu tak betul. Tapi sekarang, anak-anak saya semua dah kawen dan saya dah ada cucu pun. Apa yang boleh saya buat untuk betulkan balik perkara2 salah tu?”. Satu dewan terdiam. Then Prof Muhaya jawab ” Takpe pakcik, saya dulu pun banyak buat silap dalam mendidik naak-anak saya. Apa saya buat sekarang, saya minta maaf pada anak-anak saya, pada menantu saya dan pada besan saya juga. Saya minta maaf sebab mungkin saya tak didik anak saya dengan baik dan mungkin disebabkan itu dia tidak menjadio isteri dan menantu yang baik. At the same time saya berterima kasih pada menantu dan besan saya kerana sudi terima anak saya dan mendidik anak saya jadi isteri dan menantu yang baik. Pakcik juga boleh buat perkara yang sama dan menganjurkan majlis ilmu dan berkumpul satu keluarga sebulan sekali untuk muhasabah dan memperbaiki diri dan keluarga”.. Pergh… meleleh air mataku..

Banyak tips2 dan kata-kata mutiara yang berjaya di pick up sepanjang seminar tersebut dan sempat ditweetkan. Harapan agar apa yang dipelajari dapat diaplikasi dan semoga saya dapat menjadi Celik Momz yang akan menjadikan anak-anak saya ahli syurga serta menjadi isteri terbaik untuk suami saya.

Cuma satu perkara je maybe yang boleh diimprovekan.. Bab makan. maybe untuk acara yang mempunyai peserta lebih dari 800 orang, makanan sebaiknya di prepacked kan, Jimat masa especially waktu minum pagi yang pendek. Saya tak makan kat situ pun sebab malas nak beratur dan maybe orang lain lebih memerlukan. Saya beli dan makan Nasi Ambeng yang sedap dari booth Closet Heart.. Alhamdulillah…

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s