My business timeline: Dugaan

Setelah menunggu CF bangunan semenjak bulan April 2012 sehingga kini, kami mengambil keputusan setelah menimbang-nimbang dengan serius pros and cons, untuk menukar lokasi premis perniagaan.

Permohonan pertukaran premis telah diajukan kepada PUNB pada hari Selasa, 10/7/2012 dan hari ini kami diberitahu yang permohonan kami akan dibawa ke dalam mesyuarat pada 26/7/2012. Hopefully , permohonan ni diluluskan. Bukan apa, penantian CF tu tak dapat dipastikan berapa lama lagi. Lagi-lagi bangunan baru itu di bawah pentadbiran MPK. kami agak sceptical sikit ngan pengurusan MPK ni. Kureng cekap pada pandangan kami.

Premis baru walaupun, hanya di seberang jalan, tapi ianya di bawah pentadbiran MBSA. Setelah kami cuba berurusan dengan MBSA, didapati pegawainya lebih professional. walaupunm, banyak feedback negatif yang diterima dari rakan-rakan niaga yang berurusan dengan MBSA, tapi kami berdoa agar urusan ini dapat dipermudahkan oleh Allah. Dengan siapa lagi patut kita mengharapkan pertolongan kan?

Lokasi yang baru ni, lebih strategik. walaupun ianya bukan bangunan baru tapi ianya bukanlah bangunan yang terlalu berusia. Penyewa lama adalah Cosway yang kini berpindah ke Puchong untuk membuka cawangan yang lebih besar iaitu COSWAY FARMASI. Lot kedai tersebut, diapit oleh Speedmart dan MyMydin.. menarik kan lokasi? Betul-betul mengadap jalan besar dan dengan itu mudah mendapat free m,arketing. Ramai yang tanya kenapa tak pohon lokasi tu dari awal, jawapan mudah je, sebab penyewa lama baru sebulan kosongkan kedai tu. Di kala kami punya permohonan di kedai baru Giant telah diluluskan. Namun, apapun, kami yakin, Allah Maha mengetahui dan sebaik-baik perancang.
Kami cuma dapat berdoa agar permohona  pertukaran ini diluluskan oleh pihak PUNB. Kalau lulus, memang best sebab, kedai baru ni dah ada tiles. Jimat kos nak renovate!!

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s