Perkongsian ilmu Prof Muhaya: Slot Islam itu Indah

Hari ini hari rabu. Slot yang ditunggu-tunggu pun tiba. Tajuk hari ini: Celik mata hati: Orang yang berfikir

Jadi di bawah ini adalah beberapa mutiara kata yang dapat dikutip dan dikongsikan untuk manfaat semua.

1. Siapa ada anak bawah 7 tahun, jangan implan dalam otak mereka perkara-perkara yang negatif, marah-marah dan perlu tapis whatever the watch on TV. Sebab itulah nanti akan menjadi blueprint kepada setiap tindakan mereka bila mereka besar. Jika kita lihat anak-anak yang aggresif dan kasar, perhatikan apa jenis rancangan tv yang ditonton dan bagaimana ibu bapa mereka bercakap dan bawa diri. Pasti kita nampak kaitan tersebut. Namun perkara ini hanya betul untuk kanak-kanak sehingga 12 tahun sahaja. Mengapa? Bila mereka sudah berumur 13 tahun, banyak faktor luaran lain yang akan mempengaruhi perawakan dan tindakan seseorang individu. Namun jika diri anak-anak ini telah diisi dengan perkara-perkara positif dan perkara yang betul sejak 1-7 tahun, faktor luaran akan sukar mempengaruhi mereka. Jadi adalah sangat penting, untuk kita belajar menjadi ibu bapa yang baik dan menyemai benih-benih positif dalam diri dan minda bawah sedar.

2. Setiap kita perlu create our own bilik MINDA kita sendiri. Caranya, bayangkan satu bilik yang sangat kita suka. Pastikan bilik tersebut adalah bilik yang paling kita suka duduk dan hanya ada kita sahaja di situ. Di situ lah setiap hari ambil masa 5-10 minit untuk melihat diri kita sendiri, dan di situ juga kita bayangkan atau berangan-angan tentang apa yang kita nak jadi. Sebab, whatever yang kita implant kan dalam minda bawah sedar, akan mendorong minda sedar kita move towards it. Ingat, minda bawah sedar adalah 95% penentu result kehidupan kita. Do it everyday… and lihatlah hasilnya. Pastikan kita berangan dengan penuh emosi. Seumpama kita telah dapat apa yang kita kehendaki. Ucapkan syukur dengan sebanyaknya.

3. Cukup-cukuplah menonton filem dan drama yang tidak menambah nilai. Contoh, cerita seram, tahyul, bohsia, dan sebagainya. Filem dan cerita begini menjadikan emosi dan minda bawah sedar kita negatif. Dan seterusnya menghasilkan tindakan-tindakan yang negatif. Paling teruk ianya mungkin membawa kepada syirik.

4. Jadilah orang  yang interested bukan interesting. Orang yang INTERESTED sentiasa bertanya mengenai orang sekeliling. Berminat kepada kejayaan dan kesusahan orang lain. Hidup sentiasa cuba manambah nilai dengan sentiasa mencari jalan untuk membahagiakan orang lain. Fokus hidup bukan untuk mendapat, tetapi untuk memberi. Orang yang INTERESTING pula, sentiasa suka menceritakan hal hidup sendiri kepada orang lain, bila berborak  sentiasa mempromote diri, sentiasa mencari jalan untuk gain and not give. Sentiasa berfikir mengapa kita tidak disayangi orang, tidak disukai orang. Orang begini sentiasa fokus kepada perkara yang negatif. Mindanya terlalu kecil dan menghabiskan hidup dengan memikirkan caranya untuk mendapat pujian orang lain.

5. Sentiasa berfikir luar kotak. Push the wall or make a door when your thinking has stopped at the wall. Be the inspiration to other. Sentiasa mencari jalan untuk menjadi orang yang membahagiakan bukan mencari bahagia.  Betulkan fokus kehidupan kita. Janganlah hidup untuk mengejar CITA-CITA kerana cita-cita adalah untuk mendapat penghargaan manusia. Hiduplah untuk mendapat KEREDHAAN ALLAH. Sesiapa yang diredhai Allah, manusia juga pasti meredhai nya.

Pergh.. oleh kerana Prof cakap laju sangat dan masa pon cuma satu jam, Itu sahajalah yang berjaya dikutip untuk tatapan semua. DAh nak cramp rasa jari-jemariku menaip lelaju..

Selamat mendapat manfaat. Next week Insya Allah jumpa lagi!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s