My Business Timeline-1

Segalanya bermula pada November 2011 apabila En. Faris @ suamiku mengajak untuk pergi mendengar ceramah PUNB di MPK Klang. Lepas dengar terus ambil ujian penilaian keusahawanan. Ujian ini bertujuan untuk tengok samada kita mempunyai ciri-ciri keusahawanan atau tidak.

Seminggu lepas tu check result di Laman Web PUNB dan tengok dapat HR B.. maksudnya aku punya tahap risk taker adalah B. Siapa dapat A atau B, dia boleh proceed ke next step iaitu menghantar kertas kerja. Siapa yang dapat C, dia kena tunggu lagi 6 bulan untuk re seat test tu.

Next step ni lah yang paling mencabar bagi kami. Kami dapatkan contoh kertas kerja dari Puan Faten Fareza , Farmasi Medipro Sek7 tu. Nak dapatkan idea macam mana nak buat. Then, bermulalah hari-hari yang exhauted untuk mendapatkan data penduduk dari MPK. Kami pun gigih pergi ke Bahagian perancangan Bandar, MPK untuk membuat Market Research. Antara data yang diperlukan adalah seperti:

– peta, jumlah kepadatan penduduk, jumlah taman perumahan sekitar lokasi pilihan, kemudahan asas, projek rancangan unjuran 5 tahun kehadapan dan data pesaing.

Selain itu, untuk melengkapkan lagi RP, data pesaing juga diperlukan dan kami juga menjalankan temuramah dari beberpa peniaga sekitar Kampung Jawa mengani potensi perniagaan di kawasan tersebut. Semua perkara ini di buat oleh en. suami yang lebih gigih dan pandai dalam PR. My job is more on financial part.

Dalam nak buat cash flow dan profit loss, memang pening jugaklah sebab kita tak tahu lagi berapa nak anggar. But, since orang PUNB tu kata, buat je anggaran yang penting penyata tu menunjukkan keuntungan. Memanglah kan.. tak kan nak tunjuk rugi pulak. hehe.

Kami juga mencari kontraktor dan arkitek untuk dapatkan sebut harga untuk renovation termasuk design kedai. ERm, as usual memanglah akan di up2kan harganya. Supplier untuk kabinet ubat, gondolas dan shelves juga dah di cari. Bermula dengan search di Google, sampailah kami pergi dapatkan sebut harga di kedainya. Bila dah dapat quotation, kami comparekan lah harga tu dengan Puan Faten punya harga. Memang renyah, but we learnt a lot during the process.

Bila dah hantar RP, kami dipanggil untuk present projek tersebut di board yang akan membuat penilaian untuk meluluskan loan tersebut. Tapi sebelum ke tahap ni, pihak PUNB akan membuat lawatan tapak ke lokasi yang di pilih untuk melihat smada ianya mempunyai potensi atau tidak. Kemuadian ada pre-meeting dengan Case Officer untuk beliau memastikan background financial, education dan working experience kami.

Alhamdulillah pada bulan April 2012, setelah berbagai tolak tarik dan negosiasi harga kedai dan sebagainya, permohonan kami diluluskan dengan pinjaman sebanyak 175K. Tapi ni belum settle lagi. In order duit tersebut dimasukkan ke dalam akaun kami dan boleh digunakan, kami perlu melalui beberapa peringkat lagi.

Bersambung….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s