Hari terakhirku sebagai penjawat awam.

Akhirnya sampai jua hari terakhirku di Bahagaian Perkhidmatan Farmasi, KKM ni. Semalam jamuan kecil farewell dah diadakan. Tak terasa sangat kesedihan time tu, tapi hari ni lepas menghantar emel perpisahan kepada semua rakan sejawat, tiba-tiba hati rasa sedih sangat…

Di sini ku copykan emel perpisahan tersebut:

Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,Y.Bhg. Dato’/Tuan/Puan,

SALAM PERPISAHAN

Saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas.

Saya Hendrawati Mohd Sapuan, Pegawai Farmasi dari Unit Hubungan Antarabangsa, Bahagian Pengurusan Farmasi dengan rasa rendah dan berat hati ingin mengucapkan salam perpisahan kepada seluruh warga Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM. Dimaklumkan bahawa hari ini merupakan hari terakhir saya bertugas sebagai penjawat awam di BPF dan juga kerajaan. Saya akan memasuki satu lembaran baru dalam hidup dengan menceburi bidang perniagaan.
Walaupun keberadaan saya di BPF hanya selama 4 tahun (sejak  September 2008), namun ianya cukup signifikan dalam membentuk kematangan saya dan menjadi salah satu chapter   menarik dalam hidup saya.  Ucapan jutaan terima kasih kepada semua pegawai atasan, rakan-rakan, dan semua warga pentadbiran (pembantu tadbir, kerani, CRO, pemandu, PAP, makcik cleaner, dsb)  di atas bimbingan, nasihat, ilmu, kepercayaan dan kerjasama yang telah diberikan sepanjang perkhidmatan saya di BPF. Insya Allah, pengalaman dan pengajaran yang diperolehi serta memori indah yang tercipta sepanjang di BPF akan saya ingati sepanjang usia dan menjadi bekalan untuk menempuh cabaran yang bakal mendatang di luar sana.
Saya juga dengan seikhlas hati memohon ampun dan maaf  kepada semua warga farmasi atas kekhilafan saya seorang manusia melakukan kesilapan, kekasaran bahasa, kejelikan tingkah laku dan sebagainya yang mungkin telah banyak menyinggung hati warga BPF,KKM.
Umpama seekor penyu yang baru menetas yang akan menempuh lautan yang maha luas yang tidak diketahui untung nasibnya, saya memohon agar  tuan/puan sudi mendoakan kejayaan saya di luar nanti. Semoga ikatan mesra yang terjalin antara kita akan berterusan.
p/s: Jemputlah datang ke pembukaan kedai saya di Kampung Jawa, Klang nanti. Tarikh akan dimaklumkan kelak!!!
Sekian. Terima kasih

Ikhlas dari, 
Hendrawati Mohd Sapuan
Pen. Pengarah Kanan Farmasi
Bahagian Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia

2 thoughts on “Hari terakhirku sebagai penjawat awam.

  1. Hery says:

    Salam… ko jd resign? kejut eh.. all da best utk ko & family… Aku doakan ko berjaya dlm bidang baru yg ko ceburi… kim salam ngan haris k. hehe

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s