Rendahkanlah hatimu wahai makhluk yang hina……

Hari ini hari rabu, bermakna ada slot Islam itu Indah di IKIM.fm bersama Prof Dr. Muhaya Muhammad. My favourite inspirator. Tajuk hari ni Celik Mata Hati: Tawaddu’.

Antara tips yang menarik untuk dikongsi adalah seperti berikut:

Untuk tawaddu’ perlu amalkan 5S ( bukan seiton, seiri, seiso etc tu tau!);

1. Senyum– Orang yang tawaddu’ atau rendah hati adalah orang yang sentiasa senyum kepada sesiapa sahaja. Tak kira kepada orang berpangkat, orang bawahan, tukang sapu sampah atau sesiapa juga walaupun tidak dikenali.

2. Salam– Sebarkan salam walaupun pada orang yang tak kenal (ni yang susah and jarang sekali di buat. Mungkin sebab bukan budaya melayu kot)

3. Sapa– Maksud sapa ialah kita menegur orang dan menunjukkan minat untuk mendengar kepada orang yang di sapa. Bukan asyik bercerita tentang diri sendiri je.

4. Sopan– Maksud sopan ialah menjalan tingkah laku, buat apa-apa mesti fikir dahulu dan lemah lembut.

5. Santun– Sentiasa mendahului orang lain. Contohnya, bila berda di pintu, bagi orang lain jalan dulu, bukakan pintu untuk orang lain walaupun pangkat kita sangat tinggi.

Simple kan? Tapi sanggup ke buat? Kalau tak sanggup buat maknanya kita bukanlah lagi dari kalangan orang yang rendah hati. Kalau kita bukan kalangan orang yang rendah hati maknanya kita dikalangan orang yang disebaliknya iaitu orang yang sombong! Orang SOMBONG tak cium bau syurga…. Sombong tu juga pakaian ALLAH. Jadi sangat tak layak kita hamba yang hina-dina ni menyombong di muka bumi.

Oleh itu, marilah kita berusaha untuk Tawaadu’. Ingat rendah hati bukan bermaksud RENDAH DIRI.. Jangan salah tafsir pula ye.

Antara tips untuk Tawaddu juga adalah suka makan sisa orang lain. Macam pelik kan? Tapi cuba fikir dalam-dalam, dengan makan sisa orang lain, ianya dapat mengajar kita menjadi rendah hati. Tak caya, cuba buat, baru korang faham perasaannya.

Pengajaran untuk diri sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s