Produk Gluta 20000

 Kepada sesiapa yang pernah menggunakan produk ini atau sedang menggunakan produk ini, sila ambil perhatian.

Berikut merupakan ulasan dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan mengenai status pendaftaran produk tersebut;

2.            Produk GLUTA 20000 adalah produk yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD). Memandangkan produk ini merupakan produk tidak berdaftar, adalah dinasihatkan untuk tidak membeli/menjual/mengedarkan produk ini kerana produk yang tidak berdaftar adalah tidak terjamin kualiti dan keselamatannya.

3.          Status pendaftaran sesuatu produk boleh di semak di laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) iaitu www.bpfk.gov.my. Pencarian produk boleh dilakukan di bahagian Registered Product Search sama ada dengan menggunakan nama produk, nombor pendaftaran produk, pemegang pendaftaran, bahan aktif atau nama pengilang.

4.         Pihak kami ingin mengucapkan terima kasih  atas keprihatinan  mengenai produk kesihatan yang ada di pasaran Malaysia. Sekiranya terdapat produk tidak berdaftar dalam pasaran, orang ramai digalakkan untuk membuat laporan kepada Bahagian Penguatkuasa Farmasi di Bahagian Perkhidmatan Farmasi atau menghubungi talian 03-78413200/3320 atau melalui e-mel di pharmacy1@moh.gov.my.

Boleh lah disharekan dengan rerakan anda ye…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s