Silent Millionaires

Hari ini nak ulas sikit tentang satu buku menarik yang baru beli semalam. Tajuk: Menjejaki Jutawan Senyap oleh Dr. Rusly Bin Abdullah atau lebih dikenali sebagai Chef Li.

Buku setebal 296 mukasurat ini bersaiz B5 kelihatan begitu humble tapi isinya sangat menarik. Penyampaiannya juga amat mantap dan bersahaja. Kepada usahawan-usahawan Melayu Islam, buku ini umpama lampu suluh yang menerangi bilik yang gelap gelita.

Bagi yang masih tercari-cari motivasi untuk menerjunkan diri dalam bidang keusahawanan, buku ini mampu memberikannya. Buku ini menceritakan bagaimana kiah hidup beberapa orang biasa berubah menjadi jutawan senyap hasil bisnes kecil-kecilan yang dipandang orang sebagai low class. Kisah hidup insan bernama Hamidon, Sutinah, Sudoyo dan beberapa lagi yang tidak pernah didengari dan tidak seglamor Tan Sri Mokhtar Bukhary dipaparkan dan betul-betul memberi inspirasi dan membuka mata saya tentang perniagaan belakang rumah ini.

Orang melayu terlalu takut untuk berniaga dan terlalu bergantung kepada orang lain untuk rezekinya. Umpama Ayam belaan yang bising berkokok ke sana ke mari bila bertelur sebiji dua. Namun peniaga peniaga yang kita anggap low class kerana tidak bekerja di bilik yang berhawa dingin dan tidak memakai tali leher ini mempunyai falsafah Penyu yang amat menarik. Selama ini para peniaga kecil atau usahawan jalanan tidak dipandang orang. Mereka dianggap ‘kelas bawahan’ tidak ada pejabat dan tidak ada business card. Cara mereka berusaha macam penyu lepas ke lautan luas yang tidak tahu untung nasibnya. Apabila mahu bertelur pulanglah ia ke daratan dan barulah diintai orang. Bertelur ratusan biji tetapi tetap tidak bersuara, yang keluar hanyalah air mata. Akhirnya tanpa sedar harta mereka mencecah jutaan ringgit. Mereka masih tetap senyap. Tidak terpandang dan tidak terbilang. Tiada glamor, kuasa dan nama. Namun mereka tetap hebat…

Antara kisah yang paling menarik adalah kisah seorang pendatang haram bernama Diyono Santoso yang datang ke Malaysia secara haram pada tahun 1986. Untuk datang ke Malaysia, ibunya menggadaikan satu-satu harta mereka iaitu sawah kepada ketua kampung sebagai kos perjalanan. Sampai di perairan malaysia, Diyono perlu terjun dari bos dan berenang ke persisiran. Dalam kebasahan beliau diambil oleh tauke kelapa sawit dan bekerjalah beliau di ladang kelapa sawit selama setahun. Sedihnya, beliau langsung tidak pernah di bayar gaji. Akhirnya beliau dan beberpa rakan tekad melarikan diri ke Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, beliau menjadi berhati-hati takut di tipu lagi. Tiga bulan menganggur tapi mata dan otaknya ligat memerhati peluang. Beliau membuat kesimpulan,

1. Setiap orang yang lalu lalang di Kuala Lumpur mempunyai duit dalam saku mereka. Bezanya sikit dan banyak.

2. Barangan bernilai RM1 ke bawah tidak dijual orang lagi. Berbelanja RM 1 untuk dikira amat murah malah kanak-kanak juga mampu membelinya.

3. Barang apa pun kalau di bawa ke KL asal pandai mempromosi pasti laku.

Maka dengan satu-satunya kepandaian beliau iaitu membuat air soya dan cendol, beliau mula membuka warung jualan , itu pun menumpang di gerai orang di Kampung Baru. Hari pertama, air soya dan cendol tak habis dijual tetapi beliau berjaya mendapat hasil sebanyak RM 100. ¬†Beliau bertambah yakin dan warungnya pon semakin bertambah. Dalam masa 3 tahun warungnya sudah berkembang menjadi 7 buah. Bayangkan saja pendapatan beliau jika pendapatan sehari minima setiap warung adalah RM100? Sebulan pendapatn beliau adalah RM21K.. Menarik bukan? Semasa hendak pulang ke Indonesia, dia menjual perniagaannya kepada pendatang lain dengan harga RM100,000 dan dengan simpanan lain, beliau membawa pulang RM 400,000 tunai ke Indonesia dan menjadi modal mengembangkan perniagaan lain disana. Beliau hairan mengapa orang Malaysia sendiri tidak boleh menjadi kaya seperti beliau. Katanya, “Hidup di Malaysia jika tidak kaya adalah Malang”.

Kisah ini membuka mata saya tentang keusahawanan dan persepsi mengenainya yang salah selama ini. Buku ini juga mengupas berbagai lagi kisah-kisah orang lain yang berjaya hasil dari jualan jalanan di pasar malam dan pasar lambak. Juga mengupas persepsi masyarakat melayu mengenai perniagaan.

Saya amat mencadangkan buku ini bagi sesiapa yang ada rasa ingin berniaga tapi tidak mempunyai idea dan motivasi serta masih takut-takut. Buku-buku beliau yang lain juga agak menarik. Beliau juga menganjurkan berbagai kursus motivasi dan juga kursus masakan. Walaupun saya tidak pernah mengikuti mana-mana kursus anjuran beliau berbanding kursus-kursus anjuran Azizan Osman, namun saya suka membaca buku-buku beliau yang sangat santai tapi isinya benar dan realistik kerana konteks subjeknya adalah dari kalangan tempatan dan bukannya icon-icon barat yang berjaya melalui jalan yang mungkin tidak terdaya atau tidak halal diikuti oleh orang Melayu Islam.

Selamat membaca sahabat sekalian…

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s