Another blessed day

Salam Sejahtera,

Hari ini bangun pagi agak lambat tetapi Alhamdulillah sampai di ofis dengan cepat dan tidak tergesa-gesa. Solat Subuh berjaya ditunaikan (diharap diterima oleh Allah sebagai solat yang sempurna), Haris selesai disusukan dan sempat memohon restu dari Sang Kandaku sebelum ke tempat kerja. Insya Allah, Ibu bapa mertuaku akan pulang dari Tanah Suci setelah menunaikan Umrah selama 12 hari dan akan tiba di KLIA pada jam 10.30 pagi.

Mengikut perancangan, hari ini sepatutnya kami mendaftarkan syarikat di SSM. Kalau ikutkan hati memang berat untuk mendaftarkan syarikat sebagai SDN BHD, tapi memandangkan proses yang agak rumit maka Sang Kanda mencadangkan supaya kami mendaftarkan sebagai Enterprise dahulu dan upgrade di kemudian hari.

Malam tadi brainstorm beberapa nama untuk menjadi nama syarikat. Antara nama yang menjadi pilihan adalah:

Ideal Pharma, Pharmaju, Ideal Medicare, Harisson Pharma, etc..

and hati paling berkenan dengan Ideal Pharma. 

Selepas pendaftaran syarikat, akan terus menuju ke Maybank untuk buka akaun semasa bagi syarikat kami. Erm… before buka akaun perlu buat cop syarikat dulu.

Ini semua sebagai persediaan untuk menandatangai perjanjian pinjaman dan pembelian kedai hari Jumaat nanti di PUNB.

Sangat berharap agar urusan perniagaan kedai farmasi ini dapat berjalan dengan lancar dan by Jun at least dah boleh start renovation kedai. Everything delay dicebabkan CF kedai yang masih tertangguh lagi. But it’s ok, musti ada sebab kenapa Allah delaykan semua ni. Next week pun nak pegi Sarawak for Ani’s wedding. Hopefully awal Jun CF dapat and we can proceed..

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami berkat kasih sayang dan sifat Maha PemurahMu. Sesungguhnya Engkaulah Allah , tuhan yang Maha memakbulkan doa dan Pemberi Rezeki dari jalan yang tidak kami sangkakan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s