MESTI POWER….

hehe.. tajuk yang di pilih kali ni agak catchy kan? Sebenarnya, mummy masih dalam mood positive sebab malam tadi mummy gi seminar Dr. Azizan Othman di Melaka.. ya, Melaka!! sebab apa gigih pergi sampai Melaka? sebab kami dah terlepas untuk pergi seminar yang sama di KL hari ahad yang lepas.

Mesti ramai tertanya-tanya, kenapa nak gi seminar mamat poyoz ni..hehe, senang je, TAK KENAL MAKA TAK CINTA. Berapa ramai yang betul2 kenal Dr. Azizan ni. Mummy percaya ramai tak kenal pun dia, tapi ramai dah memandang negatif kat dia sebab iklan trademark dia RAHSIA TARIKH LAHIR tu kan? Ala yang letak jari kat dahi tu..

Actually hati kami terbuka untuk pergi dengar ceramah dia ni bila kawan kami, Sh. Nur Haya mengpromot beliau kepada kami. Lepas tengok transformasi pada diri Haya yang benar2 hebat, kami terus tak tunggu lama, terus carik tarikh seminar terdekat and sign up.. Tak mahal pun. sorang RM 45 je.. Berbanding ilmu yang kami dapat malam tadi, memang berbaloi2 bayar RM45 tu.

BTW, seminar malam tadi adalah mengenai MARKETING POWER.. it’s about how to boost your company’s sales.

Ramai yang tahu fakta ni, :

“JIka anda ada produk terbaik kat dunia sekalipun, tapi kalau takde siapa tahu mengenai produk anda, anda tetap tidak akan berjaya”

Tapi tak ramai yang tahu apakah strategy marketing yang terbaik dan paling sesuai untuk perniagaan mereka. Tapi apapepun, perkara pertama yang dibuat oleh Dr Azizan dalam seminar dia ni ialah, dia betulkan dulu mindset kita yang penuh dengan negativity ni. Akal dan otak kita memang dipenuhi dengan negativity tanpa kita sedar..Jadi malam tadi, kami di brainwashed supaya menjadi insan yang lebih positif.. Tapi seminar yang betul2 akan betulkan our sub-conscious mind bukan seminar yang ini.. seinar yang sebetulnya adalah seminar Kenali Potensi Diri. Dalam seminar ni lah, kita bleh tau potensi diri kita and kita di ajar teknik2 untuk sentiasa positif dan yakin.

Antara bende yang kami belajar malam tadi adalah : MESTI POWER..

Apa tu? hehe.. KAlau kita nak berubah dan berjaya dalam perniagaan kita perlu ikut formula MESTI POWER ni.

M: Mentor/ modelling.

Cara paling epat nak berjaya ialah kita perlu mempunyai mentor atau modelling. Gunakan prinsip tiru and improve..Contoh, kalau kita nak buka kedai kopi, cari kedai kopi apa yang paling kita suka konsepnya. Contoh: Coffebean/ Starbuck. Kita kaji sistem dia and tiru je konsep and ubah sikit2..kan senang. tak perlu nak mula dari scratch…

E: Elmu/ Emosi

Maksudnya, perniagaan kita perlu mempunyai emosi. contohnya, jika kita buka restoran, kita kena pastikan emosi pelanggan semasa berada di kedai kita sentiasa seronok. Supaya experience yang dia dapat semasa di kedai kita adalah yang akan memberi impression terbaik. Orang/manusia merupakan tool marketing terbaik. Jika dia berpuas hati, tak mustahil dia akan merekomen restoran anda kepada orang lain kan?

S: Sistem

Perniagaan yang baik perlu mempunyai sistem. Persolannya, perlukah kita membuat sistem sendiri? Kalau perniagaan kita memang jenis perniagaan yang tak pernah di buat orang, jawapannya ya. tapi kalau kita telah mempunyai mentor/modelling yang mmg sangat berjaya… buat apa susahkan diri.. Tiru and Improvised je lah!!

T: Tindakan

Inilah part yang paling penting yet paling orang takut nak buat. Bila kita telah membuat keputusan untuk memulakan perniagaan, ramai yang suka bertangguh. Kenapa? sebab ramai yang tak yakin dan takut. Ramai yang nak buat sikit2 or pelan2. Mengikut kata Dr. Azizan, “FAST ACTION, FAST RESULT”. Berubah perlu secara drastik, pantas dan ada momentum.. Ramai yang cuba berubah, tetapi tergeheh-geheh, sikit2.. memanglah tak kan dapat result..Untuk itu, KUASA TINDAKAN sangat penting.. if you have everything tapi tak bertindak.. ‘Kirim salammm”… kata Dr. Azizan.. You’ll go nowhere!

I: Impian

Setiap orang perlu mempunyai Impian..It doesn’t matter apa pun impian anda. tak realistik pun takpe. Beranilah untuk bermimpi. Ramai kita jumpa orang yang berkata begini ” ok pe tak kaya, aku cukup je makan pakai. aku suka tak kaya.. buat apa nak kaya”.. Kata Dr. Azizan, ini kata2 orang BANGANG!! Dia kata buat apa nak kaya? Bila kita kaya, lebih banyak amal dan lebih bermanfaat kita kepada orang lain dan alam ni. BUkankah memberi manfaat kepada orang lain tu sesuatu yang di tuntut. orang yang tak kaya sebenarnya selfish!

Dalam sesi ni, Dr. Azizan minta kita membayangkan hidup kita 5, 10 dan 20 tahun akan datang.. Dia suruh kita tanam dalam minda kita who we really wanna be. Kene implant dalam sub-conscious kita.. Kuasa imaginasi ni jangan di pandang rendah ye. Sebab Subconscious mind lebih power dari concsious mind..cuba kita tak tau camne nak manipulate our subconscious mind untuk jadi orang yang luar biasa.

Hehe.. letih plak nak tulis semua. ada masa nanti mummy sambung tulis pasal POWER plak ye.. Hari ni cukuplah dulu share pasal MESTI je.

Apa yang mummy tulis mungkin nampak general sebab mummy bukanlah Dr. Azizan. Tapi kalu u’all pergi kelas/seminar dia.. Insya Allah u’all pun akan jadi sangat excited dan positif seperti kami.

7-8 May ni ada seminar yang lebih hebat. tapi oleh sebab mummy akan dalam pantang masa tu, so Papa irfan sign up sorang je. NAk tau berapa harga seminar tu? RM 8,888 je.. tapi for those yang sign up malam tadi harga dia cuma RM998 je.Oklah tu. Tak salah melabur sket untuk dapatkan ilmu hebat dari mentor yang berjaya macam Dr. Azizan ni.

ERm.. u all nak cakap apa pun sukatilah.. YAng pastinye, Dr. AZizan memang hebat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s