Bantuan diperlukan…sudikah anda?

Rasulullah s.a.w pernah mengungkapkan keutamaan amal jariah di antara semua jenis kebajikan, iaitu pahalanya tetap mengalir walaupun orang yang melakukannya telah tiada (wafat). Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila meninggal anak cucu Adam (manusia), maka terputuslah amalnya kecuali tiga hal sahaja iaitu sedekah jariah, ilmu yang diambil manfaatnya oleh manusia, dan anak yang soleh yang berdoa untuknya.” (Riwayat Ahmad).

Salam sejahtera,

Hari ni mummy dan papa irfan  nak mulakan satu kempen mengutip dana untuk membantu sahabat seagama islam kami dari kemboja yang sedang mengikuti Ijazah Sarjana Muda Syariah dengan (Kep) di Kolej Insaniah Kedah Darul Aman.

Sahabat ini kami kenal secara peribadi apabila Papa Irfan mengikuti program korban dan akikah pada Aidil Adha yang lepas. Selepas berada sendiri di rumah beliau dan menyaksikan kegigihan beliau untuk meningkatkan taraf hidup penduduk kampung dan juga jihad untuk menjadikan orang islam di kemboja lebih maju dan mendapat pelajaran yang sepatutnya, kami terpanggil untuk membantu apa yang terdaya.

Pada bulan Januari yang lepas, beliau dan isteri mendapat tawaran menyambung pelajaran di Kolej Universiti Insaniah, Kedah. Beliau sebelum ini pernah berkerja di Bukit Gelugor Pulau Pinang sebagai guru tahfiz. Beliau mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran supaya beliau dapat menyumbang dengan lebih bermakna lagi.

Beliau dan isteri datang ke Malaysia tanpa sebarang biasiswa atau bantuan selain duit yang dikumpul semasa beliau mengajar dahulu. Tetapi kenaikan yuran di Kolej tersebut telah menyebabkan kesulitan timbul untuk membayar yuran mereka suami isteri.

Papa Irfan pernah membuat kutipan di Masjid seksyen 24 untuk mengumpul dana dan berjaya mengutip sebanyak RM855.80.  Usaha tersebut sedikit sebanyak dapat membantu meringankan sara hidup beliau di kolej tersebut. Walaubagaimanapun, urusan pembayaran yuran pengajian masih lagi tertangguh kerana ketiadaaan sumber. Pelbagai cara telah di cuba termasuk meminta dari pihak zakat Kedah, tetapi beliau dimaklumkan bahawa duit zakat tersebut hanya untuk asnaf di Malaysia.

Mummy agak sedih kerana kalau diikutkan beliau layak untuk mendapat zakat tersebut kerana beliau adalah pelajar (termasuk dalam asnaf yang layak mendapat zakat). Cuma silapnya, beliau bukan orang Malaysia. Kita di negara Malaysia, wang zakat yang dikutip adalah terlalu banyak sehingga mencecah jutaan ringgit. Namun rakyat kita juga tidaklah terlalu miskin. Berbanding dengan rakyat kemboja yang sangat daif. Dapatkah dibayangkan berapa ramai yang layak mengeluarkan zakat? mungkin penerima yang layak lebih ramai jumlahnya berbanding orang yang layak mengeluarkan zakat tersebut.

Bantuan2 yang dihulurkan kebanyakkannya adalah untuk membina masjid kerana mentaliti orang kita, hanya membina masjid dianggap amal jariah. Tetapi bukankah membantu orang menuntut ilmu agama juga merupakan sedekah jariah? Jika beliau berjaya mendapatkan ilmu tersebut dan mengajarkan kepada orang lain dan diamalkan pula oleh anak murid dan disambung lagi ke generasi seterusnya, kita akan mendpat juga sahamnya walaupon sesudah kita mati kerana usaha kita membantu beliau mendapatlkan ilmu tersebut.

Oleh yang demikian, mummy & papa irfan ingin menyeru dan memohon kepada rakan2 sekalian kiranya sudi membantu sahabat seislam kita ini dalam jihadnya menuntut ilmu di bumi kita yang bertuah ini. Kami tidak mengharapkan sebarang imbuhan dan dengan ikhlas ingin membantu beliau. Ini lah saja usaha yang dapat kami lakukan.

Kami juga berharap agar rakan2 dapat menghulurkan bantuan secara berterusan walaupun dalam jumlah sedikit (RM10) setiap semester. Janganlah memandang remeh sedekah yang kecil kerana ia besar ertinya buat sahabat kami ini.

Profil beliau dan ringkasan perbelanjaan yang diperlukan oleh beliau adalah seperti berikut:



Nama                                              : BADRI YUNUS @ NOS PETRY

Inilah sahabat kami yang memerlukan pertolongan

No. Pasport                                      : N0564445

No. Kad Pelajar                                : A102067602

No.Telefon                                       : 017-403 9432

Tarikh Lahir                                     : 13 Januari 1984

Pekerjaan Ibu Bapa                         : Pesawah

Pendapatan Ibu Bapa Sebulan         : 100 USD (RM302.40 ; mengikut nilai semasa 10 April 2011)

Nama Isteri                                     : KHOSIAH YUNOS @ NOS KHOR SI YAS


No. Pasport                                      : N0656080

No. Kad Pelajar                                : A102067702

Isteri beliau bersama anak mereka berumur 4 tahun yang kini ditinggalkan di kampung halaman

No.Telefon                                       : 010-293 3790

Tarikh Lahir                                     : 24 Februari 1994

Nama Anak                                      : KHALIL BIN PETRY@BADRI

Alamat (Malaysia)                            :141 – A, Jalan Sultanah Sambungan Taman Wira Mergong 05150, Alor Setar, Kedah

Alamat (Kemboja)                            : Ph. Kg. Krong, Sr Kg. Kreang, Kampot, Cambodia.

Alamat E-mail                                  : badrykhas@yahoo.com

Facebook                                         : Nos Rosly Nos Rosaly

Bank                                               : Bank Muammalat

No. Akaun                                       : 0704-0001571-72-8

Adalah diharapkan agar rakan2 sahabat sekalian dapat bank-in terus bantuan kepada akaun bank beliau dan bukan melalui kami untuk memastikan wang tersebut sampai sepenuhnya kepada beliau.

Yuran yang perlu di bayar setiap semester

Akhir kata, adalah menjadi harapan mummy & papa irfan jika rakan2 sahabat sekalian dapat membantu sahabat kita ini dengan ikhlas. Bayangkan jika kitalah yang lahir di kemboja…..bersyukur kita di lahirkan di Malaysia dan di beri peluang oleh Allah dengan rezeki dan nikmat yang tak terkata dan dengan nikmat tersebut dapatlah kita beramal jariah..

” barang siapa yang meringankan kesulitan saudaranya yang lain, Insya Allah kesulitannya juga akan dipermudahkan…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s