Simple Financial Tips for Fresh Grads

Akhirnya, uolz telah mencapai kemerdekaan yang selalu uolz impikan. Bagaimana dengan kebebasan kewangan yang baru sahaja bermula?

Berikut mungkin beberapa tips yang boleh dijadikan panduan bagi adik-adik yang baru sahaja mula melangkah ke alam pekerjaan. Mummy merasakan agak penting untuk fresh grad ni ada sedikit ilmu sebab Mummy takut mereka tersilap langkah macam Mummy dulu masa mula kerja..
  • Get A Job – Uolz harus bermula di sesuatu tempat. Uolz akan pergi temuduga dan sebagainya. Melaburlah untuk pakaian yang sesuai. tak semestinya mahal tapi proper. Mahal tak semestinya sesuai kan? Buatlah pilihan bijak dan buat research dahulu tentang tempat kerja baru uolz… Surprised them…!
  • Gaji Pertama – Jangan membazir dengan perkara yang boros. sering kali gaji pertama dihabiskan dengan membelanja kawan2. Padahal, itu semua tak penting. Mungkin lebih afdal kalau diberi kepada Ibu bapa atau disedekah- jariahkan gaji pertama uolz supaya lebih berkat. Fikirkan cara untuk memaksimumkan kenikmatan hasil kerja keras uolz yang pertama ini.
  • Tempat tinggal baru – Kemerdekaan tidak perlu bererti keluar dari rumah ibu dan ayah. Tetapi jika perlu, contohnya, tempat kerja bukan dalam negeri sendiri dan memerlukan uolz berpindah, nilai duit uolz untuk make sure berapa banyak yang uolz mampu bayar untuk sewa setiap bulan. Tak perlu tinggal di kondo mewah jika masa yang diperuntukkan di rumah cuma pada waktu malam sahaja. Bersederhanalah.. Jangan difikirkan sangat apa kata kawan-kawan uolz tu.
  • Perancangan Kewangan – Tidak pernah terlalu awal untuk memulakan perancangan kewangan uolz sendiri. Bahkan, waktu terbaik untuk memulakan adalah sekarang. Belilah buku-buku berkaitan Perancangan kewangan yang banyak di pasaran. Bacalah dan dapatkan sebanyak mungkin maklumat mengenai pelaburan dari bank-bank berdekatan. Xyah malu sebab dorang dibayar gaji untuk membantu uolz.. Ataupun, daftarlah di AKPK untuk belajar cara menguruskan kewangan dengan bijak. Perkhidmatan kaunseling nye free je pon.
  • Mulakan Tabungan – Jalan uolz masih terlalu panjang di depan. Uolz akan memiliki 20 tahun atau lebih sebelum uolz bersara. Jadi, mulai menabung sekarang untuk memastikan bahawa uolz tak akan lemas di kolam hutang yang besar.
  • Gaya hidup – Kemerdekaan sepatutnya menggembirakan tetapi sebaliknya berlaku ketika kebebasan menagih kos yang tinggi. Ketika memutuskan pada jenis gaya hidup yang sesuai untuk uolz, jangan lupa untuk menimbang pada keperluan dan kehendak. Jangan terlalu mengikut arus bandar dan menganggap gaji uolz tu besar. Fikir sedalam-dalamnya setiap perkara yang hendak di beli. Jangan fikir untuk jangka masa pendek. Fikirkan untuk jangka mas panjang. Mungkin ketika ini, ketika uolz bujang, uolz mampu untuk memakai kereta yang mewah, menghabiskan 1/4 dari gaji uolz untuk kereta jer, tapi satu masa nanti uolz nak kawen, , macam mana duit lagi 3/4 itu nak dibahagikan untuk kegunaan masa berkahwin nanti….
  • Perhatikan perbelanjaan uolz! – Jangan menjadi hamba fashion dan gadjet. Tunda niat membeli gadjet terbaru di pasaran. Tunggu harga turun – biasanya tidak selepas beberapa bulan. Kurangkan kesukaan kepada barangan berjenama yang tidak memberi sebarang kelebihan kepada uolz. Contohnya, handbag berjenama Coach dan jenama Elle sama2 mempunyai fungsi yang sama iaitu membawa dompet dan barangan peribadi yang kecil. Jadi mengapa perlu membayar extra RM1K untuk membeli Coach? Janganlah menjadi hamba kapitalism. Jangan di hirau pandangan orang. Live within your means….
  • Insurans – Banyak perkara yang tak terduga dan di luar kawalan kita. Persiapkan lah diri dengan insuran atau takaful. Dapatkan pandangan daripada rakan-rakan uolz atau ahli keluarga mengenai agen insuran yang terbaik. Mummy punye agen mmg terbaik n mummy sangat puas hati… ( mummy bleh rekomen kalau uolz nak!) Kos perubatan hari ini amat mahal dan dengan membayar RM100 je (min) sebulan, kerisauan uolz dapat dikurangkan dan tidak perlu membebankan ahli keluarga yang lain jika uolz di timpa kecelakaan. Sedikan payung sebelum hujan.
  • Kad kredit– Kemudahan ini amat mudah didapati. Dengan mudahnya uolz akan di beri kredit kad oleh pihak bank. Percayalah, se terror mana pon uolz kata uolz boleh control, kadang-kala uolz akan terlebih guna juga. Temptation untuk menggunakan kad tersebut sangat tinggi. Ramai belia bawah 30 tahun diisyhtiharkan muflis oleh kerana penggunaan kad kredit yang tidak berhemah. Jadi nasihat mummy, tak payahlah cuba-cuba start guna kad kredit. Amalkan dalam otak, jika saya tak mampu bayar cash, bermakna saya masih belum mampu lagi. Jangan cuba berhutang kerana ianya akan menyebabkan tidur mlam tak lena dan siangnya pula tidak tenteram…
Semoga adik-adik yang membaca ni akan mendapat manfaat ye… Pengalaman orang lain merupakan ilmu berharga buat insan yang lain pula…..

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s