Time Management

Time management atau pengurusan masa adalah topic lama yang sering diulang-ulang dalam setiap modul kepimpinan. Dari sekolah rendah sampai lah ke alam pekerjaan, topic ini memang sering kali diutarakan, sampailah nanti modul untuk penjawat awam yang akan bersara pun ada topic ni.

Peliknye, berapa ramai yang betul2 ambil serious terhadap perkara ni? Kadang-kadang yang lucunye, fasilitator yang memberi ceramah modul pengurusan masa ni pula yang datang lambat masa modul tu.. ironik kan?

“Masa diukur bukan pada nilai kuantitinya tetapi kualitinya. Bukan pada lama atau singkatnya, panjang atau pendeknya tetapi bergantung kepada bagaimana is diurus dan untuk apa ia digunakan”

-(Kata2 dari muka depan majalah Solusi Isu No.5)

Dalam perniagaan contohnya, walaupun bekerja sendiri, disiplin dalam pengurusan masa amat penting dan merupakan perkara pokok dalam menentukan jatuh bangun majunya sesebuah perniagaan. Bayangkan jika anda mempunyai satu bisnes meeting dengan client yang jika berjaya akan menghasilkan pulangan yang besar. Perjumpaan tersebut sepatutnya berlangsung pada jam 9 pagi di tempat yang ditetapkan. Tetapi disebabkan pengurusan msa anda yang tidak berapa baik, anda tiba pada jam 10.30 pagi, apa pandangan client terhadap diri anda? Satu perkara yang pasti, anda mungkin saja terlepas peluang untuk mendapat bisnes deal tersebut. Jangan ambil mudah “ first impression” client. Jangan sambil lewa dengan menyangka, client juga akan datang lewat. Biar client lewat kerana dia yang akan melabur duit kepada kita dan bukan sebaliknya.

Jangan mudah memberi alasan, kerana ada satu pepatah Inggeris pernah menyebut “ Losers give excuses, winners make goals”.. So bermuhasabahlah, adakah anda golongan yang selalu memberi alasan atau membuat matlamat?

Dalam pemerhatian ringkas, antara faktor utama bisnes orang melayu jatuh adalah kerana orang melayu tidak disiplin dalam menguruskan masa. Buat perbandingan kedai runcit orang melayu dan orang cina. Kedai orang cina akan buka tepat jam 6 pagi setiap hari manakala orang melayu jarang yang konsisten.. berbagai alasan diberi. Alasan paling menyakitkan hati adalah lewat bangun. Sedangkan orang cina yang tak sembahyang subuh pun selalunya menjadikan azan subuh sebagai indikator untuk waktu bangun tidur. ( kisah benar peraih ikan cina di Sarawak), tapi orang Islam sendiri boleh terlewat bangun? Pelik2..

Mari kita kupas aspek pengurusan masa antara mereka yang bekerja sendiri dengan yang makan gaji.

  Kerja sendiri Makan gaji
Masa Fleksibel Ditetapkan (biasanya 8 jam sehari)
Gaji Ikut usaha. Tetap/ sebulan sekali

 

Bila kita lihat dari segi fleksiblenye masa orang yang bekerja sendiri ni, adakah maksudnya tidak perlu ditetapkan masa bekerja? Adakah maksudnya tidak perlu ada jadual waktu atau timeline untuk di patuhi?

Sebenarnya, kalau kita dalami maksud fleksible di sini, kita akan dapati, orang yang bekerja sendiri lagi tak cukup masa dari orang yang bekerja makan gaji. Bagi orang yang makan gaji, habis waktu bekerja, mereka tidak perlu lagi memikirkan tentang kerja kerana ianya boleh disambung esok hari dan gaji tetap akan dapat di hujung bulan walaupun performance yang diberikan adalah teruk. Berbeza dengan orang yang bekerja sendiri, anda perlu memastikan semua kerja disiapkan secepat mungkin kerana setiap kerja yang disiapkan berkadar langsung dengan keuntungan yang akan diperolehi. Jika sikit output, maka sikitlah habuan nya. Kerana itulah, fleksibiliti di sini jangan di salah anggap. Setiap masa yang dibuang atau terlewat adalah satu pembaziran. Seorang peniaga cina pernah memberitahu bahawa “ Time is money, once the time slipped from your hand, as goes your money” . Tu sebab sangat senang berurusan dengan orang cina.

Kadang kala satu kerja tertangguh hanya disebabkan satu “perkara kecil”, padahal jsementara menunggu “perkara keci”l tersebut, bende lain dah boleh disiapkan dahulu. Dan bila perkara perkara kecil itu settle, projek dah boleh terus on…

Kadang kala idea yang sangat menarik tetapi tiada kesungguhan dalam melaksanakannya pun tidak akan membawa ke mana-mana. Jangan sampai orang lain menggelarkan anda NATO (No Action, Talk Only), atau Tin Kosong. Bila orang dah gelarkan anda sedemikian, agak sukar untuk anda mendapat kepercayaan orang tersebut untuk bekerjasama dengan anda lagi lain kali.  Ingat, bukan mudah memulihkan reputasi yang tercalar..

Jadilah orang yang trustworthy, menghargai masa dan juga janji. Elemen inilah yang menjadikan perniagaan orang-orang cina maju walaupun hanya bermula dengan menjual pau di tepi jalan.

Orang cakap mencari kesilapan memang mudah, oleh itu, di sini disenaraikan juga beberapa cadangan atau tips untuk  mendisplinkan diri dalam bab pengurusan masa. Kalau rasa berguna, bolehlah di praktikkan ye..

1. Senaraikan semua usaha ke arah matlamat mengikut keutamaan.

–       Kadang-kala kita terlalu tamak mengejar semua bende. Last2 semua tak dapat. Lebih baik list kan mengikut praktikaliti nye.

–       Anda di kira sudah berdisplin sekiranya dapat melaksanakan lebih dari lima perkara yanmg paling utama disenaraikan

2. Lekatkan Poster, Cogankata

–       Lekatkan kata-kata yang menjelaskan matlamat anda di tempat-tempat yang mudah di lihat. Isytiharkan pada dunia apa yang ingin anda capai. Yang penting ianya akan mendoorong anda setiap kali anda melihatnya

3. Tetapkan apa yang anda ingin lakukan setiap hari.

-Amalkan perancangan harian dan mingguan yang teratur. Tulis dan pastikan anda mengikut jadual tersebut. Usah biarkan hari-hari berlalu tanpa sesuatu pencapaian-pencapaian kecil ke arah pencapaian matlamat besar anda.

4. Setiap perkara penting yang hendak di buat mestilah di beri deadline.

–       Ini akan memberikan anda semacam satu kepuasan dan kemenangan bila tarikh akhir itu berjaya ditepati.

5. Bagi tugasan yang sukar dan besar, mulakan dengan berdikit-dikit

–       Jangan menunggu kesempurnaan untuk memulakannya kerana ia akan menjerumuskan anda kepada satu keadaan “ tidak berbuat apa-apa”.

–       Ingat, rasa tidak selesa semasa melakukan aktiviti tersebut adalah lebih baik daripada rasa risau, takut, kesal sekiranya anda tidak berbuat apa-apa langsung.

6. Gunakan masa yang paling optimum dalam hidup seharian untuk melakukan tugas-tugas penting.

–       Paling penting, jangan terus melakukan tugas yang tersukar, sebaliknya mulakan dengan bahagian yang mudah dahulu sebagai momentum untuk menakluk bahagian yang sukar.

7. Amalkan dialog2 positif.

–       Pandang tinggi diri anda selalu dengan berkata “ Aku boleh berjaya kerana aku seorang yang berdisplin!”

–       Jangan terpengaruh dengan kata-kata negatif samada dari orang lain atau diri sendiri.

Sampai sini je lah tulisan mummyirfan untuk topik yang agak serius malam ni. Diilhamkan dari pembacaan Solusi Edisi No 5…. banyak manfaat baca majalah Solusi ni.. Semoga Allah menggandakan pahala dan tinggikan darjat penulis-penulisnya…Amin..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s