Antenatal Class @ KPJ Shah Alam

Hari sabtu yang lepas bersamaan 29 Januari 2011, mummy bersama2 Papa Irfan menghadiri kelas antenatal di KPJ Shah Alam. Mummy dah daftar lama and fee dia pun amat berbaloi dah affordable iaitu RM80 je untuk 2 kelas. Provide minum pagi and goodie bag.

Kelas bermula jam 8.30 pagi dengan sesi pengenalan dengan Puan Faridah, Midwife berpengalaman di KPJ. Puan Faridah ni best sebab dia banyak cerita dari pengalaman2 dia. so, sesi pertama tak begitu specific lah. Kemudian pada jam sepuluh pagi, kami berehat dan minum pagi yang disediakan oleh pihak KPJ.

Kelas sambung balik dengan ceramah mengenai option2 tahan sakit semasa bersalin. Penceramah dia adalah Pakar Bius KPJ tu sendiri. Since diorang ni private hospital, of course lah diorang akan promote penggunaan epidural tu. Selain tu ada juga ETONOX ( nitrous Oxide + Oxygen) atau bahasa kampung nye, Laughing gas. Tapi very informativelah session ni sebab participantnye termasuk mummy sendiri banyak bertanya hal2 yang selama dengar dari orang kan.Ramai juga yang tanya caj yang akan dikenakan kalau kita minta epidural nih. Erm…boleh tahan juga ye. Kalau kebetulan kita bersalin siang, lain harganya compare kalau kita bersalin malam ( of coz malam lagi mahal lah).. Kelebihan kalau pakai epidural ni adalah, memang kita tak kan rasa sakit langsung masa contraction tu tapi keburukan dia dalah, bila kita tak rasa sakit langsung, kita tak kan ada urge yang kuat untuk meneran. Sebab kita tak tau how hard to teran. Kalau kita rasa sakit, mesti kita kan teran kuat2 supaya baby tu keluar terus. Jadinye, tendency untuk kita menggunakan pertolongan lain seperti forseps dan vakum adalah tinggi… Pheww… sian nanti kepala irfan lonjong kalau pakai forseps.

Session seterusnya disambung semula oleh Mak bidan kita, Puan Faridah. Jenis-jenis kelahiran. Normal, breech, forceps dan caesarean. Mummy harap mummy dapat lahirkan Irfan menggunakan cara normal. Sian tengok orang susah lahirkan anak. Kalau ikut history mama, senang je lahirkan anak. Tak lah senang sangat, tapi tak lah sesusah yang k.Yus cerita. Puan Faridah ni tak suggest plak orang ambik epidural sebab effect lepas beranak tu anak prolong. Paling tak tahan adalah back ache. Tapi anaesthecian tu mati-mati defend kata tak. Sakit belakang tu bukan sebab epidural tapi sebab bende lain macam jaga nak. Eleh, dia kan anaes, mesti lah biased sket.. hehehe.. mummy buat spekulasi.

Dalam kelas mummy hari tu ada seorang tu yang dah pergi sesi kedua tapi tak pegi lain sesi pertama, jadi untuk tallykan ngan dia, kami buat dulu sesi breastfeeding pada hari tersebut. Sesi ni fun sebab ada dummy baby. Ada juga dummy breast. Pua Faridah ajar cara/ posisi yang betul menyusukan bayi. Lucunye, dia macam dah jadi duta Spectra dan baby kiko untuk product breastpump dan botol susu. Tapi seriously sesi ni mmg menarik. banyak info baru yang selama ini orang melayu buat tapi sebenarnya bukan betul pun. Contohnya posisi baby masa nak Burpp kan ngan masa nak bagi breastfeed. Mummy ngan Papa Irfan tak sabar nak pergi Jusco lepas tu untuk beli botol Baby Kiko tu bebanyak untuk simpan susu nanti. Erm, Pn. Faridah pun ada cakap yang the best type of fridge untuk simpan susu ni adalah 2-doors fridge. Hehe, lagilah ada alasan kukuh nak mintak kat Papa Irfan fridge baru. huhuhu. Naseb abik, Papa Irfan yang cakap dulu ….takdelah nampak sangat Mummy yang nak..huahuahua…

Last sekali dia tunjukkan makanan yang baik untuk membanyakkan susu badan nih. Antaranya, daun kuchai, lobak putih, jantung pisang, dan ulam pegaga. selain tu kalau orang cina plak, elok makan red dates dan untuk orang india, makan Halba.

Next week punye session lagi menarik kot sebab dia nak ajar cara senaman yang betul untuk ibu mengandung, cara mandikan bayi dan diet semasa berpantang.

Nanti Mummy update lagi pasal ni ye. Apapepun, kepada sesiapa yang ngah mengandung tu, sebaik-baiknye daftarlah untuk mana-mana kelas antenatal. Mummy rasa ianya bagus untuk prepare mental kita untuk proses kelahiran dan menyambut bayi nanti. Kalau nak  tahu lebih lanjut bolehlah layari laman web ni ye : www.kpjselangor.kpjhealth.com.my

Nak booked tarikh boleh call no ni: 03- 5543 1111 minta sambungkan ke Education unit. Jangan risau sebab mereka akan layan dengan baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s