Bukan Pilihanku…

Harini mummy nak tulis perihal nasib. Bila mummy berjumpa dengan ramai orang, mummy belajar banyak perkara. Mummy bukan jenis yang suka buat kawan baru. Sangat berbeza dengan Papa Irfan.Disebabkan Papa irfan rajin buat kawan baru yang terdiri dari pelbagai latar belakang, maka dari situlah mummy belajar banyak perkara.

Ada kawan Papa Irfan tergolong dalam kategori orang berada, ada yang begitu dhoif dan ada yang sombong, ada juga yang sangat merendah diri. Orang Malaysia sangat beruntung kerana lahir di bumi bertuah ini. Pernah tak sahabat sekalian cuba berborak dengan abang2 bangla atau indon yang jadi pelayan kat restoran/kopitiam tu? Papa irfan pernah berborak dengan abang bangla di Restoran Kayu Nasi Kandar seksyen 7, shah Alam. Cuba bayangkan, mereka ni bekerja sebulan hanya diberi cuti sehari sahaja, kerja 12 jam setiap hari, tinggal di rumah 3 bilik berhimpit sehingga 15 orang serumah untuk gaji RM700 shj. itupun kene tolak lagi RM200 untuk bayar levi. dalam keadaan mereka yang terdesak untuk mencari rezeki untuk di hantar kepada keluarga mereka di kampung, tauke di sini pula mengaut untung yang banyak. Bak kata pepatah melayu, “Seperti menangguk di air keruh”

Persoalannya, adakah mereka meminta untuk dilahirkan di Bangladesh/ Indonesia/Pakistan dalam keadaan miskin? Kadang-kadang Mummy sedih sangat bila fikirkan keadaan mereka dan melihat betapa ada segelintir orang kita yang suka mencemuh dan menghina pekerja2 ni. Cuba bayangkan kalau kita yang berada di tempat mereka? Setiap kita dilahirkan dalam keadaan kita sekarang ini sebagai pelengkap antara satu sama lain. Bukan hak kita untuk menghakimi kehidupan orang lain. Apa yang penting, kita perlu sentiasa ingat bahawa dalam setiap rezeki yang di beri oleh Allah kepada kita, ada hak orang lain di dalamnya.

Kita beruntung kerana kita hidup di Malaysia, sesusah mana pun kita masih banyak saluran bantuan yang boleh dirujuki. Tapi bantuan-bantuan ini tidak terdapat di negara lain. Sehinggakan begitu sukar untuk belajar kerana ketiadaan wang untuk menampung yuran pengajian. natijahnya, sumbangan ikhlas dari orang lain di pohon. Namun, Malaysia bukan seperti Syria ataupun Jordan di mana pelajar amat di bantu. Pelajar malaysia di Syria atau Jordan tidak akan kebuluran kerana ada sahaja dermawan tak kira dari golongan kaya atau miskin yang akan menghulurkan bantuan samada dari segi wang ringgit ataupun makanan.

Mummy terfikir, kenapa fenomena tu takde di Malaysia ye? Kenapa tiada budaya menolong pelajar? Especially pelajar miskin yang datang dari luar negara. Padahal orang Malaysia ni boleh dikatakan mewah. Tak pernah lapar, tidur beralas, berbumbung. baju sentiasa bertukar. tapi bila derma di minta dalam RM10 pun masing-masing berkira.

Kalaulah setiap manusia tau dan yakin denganhikmah dan berkat bersedekah kepada orang yang menuntut ilmu, pasti berlumba-lumba orang besedekah ke arah itu.

Mummy berharap hari itu akan tiba. Mummy akan latih En. Irfan untuk menjadi seorang yang suka bersedekah tanpa prejudis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s