Pelaburan Emas

Hari rabu lepas, papa irfan telah menambahkan folio pelaburannya iaitu dalam emas. Sebenarnya dh lama kami berbincang mengenai emas ni. Mummy pun dh lama baca mengenai dinaar emas dan kepentingannya.

Saranan Tun Dr. Mahathir supaya negara2 islam menggunakan matawang dinar seperti zaman nabi dahulu sebenarnya amat bagus tetapi tidak begitu mendapat sambutan dikalangan negara islam sendiri. Jika semua negara OIC menggunakan matawang Dinar, umat Islam mungkin boleh mengalahkan Kesatuan Eropah dari segi ekonomi. Tapi seperti biasa Pak-Pak Arab yang sangat terikat dengan USA tidak mahu memberikan komitmen dan ini secara langsung menyebabkan cadangan yang begitu baik ini tidak dapat dilaksanakan.

Berbalik kepada investment Papa Irfan ni. Bila masa yang terbaik untuk beli emas? Ramai orang cakap harga emas akan naik masa Tahun Baru Cina.. tapi kan kalau kita tengok dan ikuti trend harga tahun ni, harga emas adalah pada kadar terendah minggu ini. Bulan Disember 2010, harga emas adalah agak tinggi iaitu dalam RM 150/gram, tapi minggu leaps harganya turun kepada RM137/gram.. Memang rugilah kalau tak beli time ni.

Pada pendapat Mummy lah, yang paling penting kene rajin monitor harga emas ni dari masa ke semasa. Lock harga pada nilai yang kita mampu beli. Bila kita dah set, contohnya, setiap kali harga emas dalam lingkungan RM 140 kebawah, aku akan beli emas, so kita akan ada target dan tahu bila masa terbaik untuk kita beli.

Namun sayang, tak ramai orang melayu kita ni yang invest dalam emas. Kebanyakan lebih suka invest dalam ASB, unit trust dan sebagainya. Memang tak salah, tapi dalam banyak2 investmentlah, yang pernah disebut oleh Nabi adalah EMAS & Perak. Terpulanglah pada setiap individu bagaimana nak mengatur kewangan masing2.

As for mummy, mummy nak langsaikan segala hutang-piutang mummy dulu then lepas ni, akan tambah investment. Biar hidup sederhana sekarang untuk keselesaaan masa depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s