Selamatkah Produk Pelansingan dan Pemutihan Yang Anda Ambil?

Akhir-akhir ini terlalu banyak produk kecantikan dan kesihatan yang dilambakkan di pasaran. Promosinya pula dibuat secara berleluasa disurat khabar, laman sosial dan internet.

Jika dilihat trend terkini product pemutihan dan pelangsingan amat popular. Contoh produk-produk yang terhangat di pasaran antaranya seperti TabiTha, AuraWhite, Tanaka, RadiGlow, Shape Plus, Miaxara dan macam-macam lagi. 

Antara punca lambakan produk ini adalah proses mendapatkan kelulusan dari KKM yang semakin mudah dan hanya memerlukan Notifikasi sahaja berbanding melalui proses pendaftaran yang lebih ketat. Jika produk tersebut mempunya label NOT dan bukan nombor MAL, maka sebaiknya pengguna perlu lebih berhati-hati dan mempunyai perasaan curiga sebelum menggunakannya. 

Kadang-kala sedih bila mana ramai terpengaruh dengan pengiklanan produk2 ini yang menggunakan artis2 yang sudah sememangnya cantik dan ditambah pula dengan teknik fotoshop untuk mencantikkan lagi wajah dan postur tubuh mereka di iklan2. Yang lebih menakutkan, kadang-kala mereka yakin sahaja untuk makan atau minum produk-produk tersebut tanpa mempunyai pengetahuan mengenai kandungannya. Yang penting, produk tersebut dapat memberi kesan yang cepat. Kadang-kala hasilnya boleh di lihat dalam masa 5 hari. Tidak adakah rasa ragu dan takut dengan perkembangan seperti ini? Bagaimana jika ianya dicampur dengan ubat-ubat terkawal seperti sibutramin dan hydroquinon?

Tahukah anda, kebanyakan produk pelansingan yang memberikan kesan penurunan berat yang cepat dicampur dengan Sibutramin? Tahukah anda apakah itu Sibutramin? Meh sini, akak nak bagitau…Pada tahun 1997, Sibutramin (atas nama Meridia) telah diluluskan oleh FDA untuk digunakan oleh pesakit yang mempunyai masalah kegemukan atau obesity dengan BMI melebihi 30. Ianya mempunyai dose tertentu dan penggunaan sangat dikawal oleh doktor pakar yang merawat pesakit tersebut secara spesifik. Tetapi ianya telah ditarik balik dari pasaran kerana didapati mempunyai adverse reaction berkaitan dengan sistem kardiovaskular yang serius. Ianya juga didapati boleh menyebabkan kemurungan yang serius jika dose yang berlebihan diambil.

So apa masalahnya kan kalau produk tu dicampur dengan Sibutramin? Patutnya bagus lah kan? Masalahnya dek oi, kita tak tahu berapa banyak gram or kilogram yang dicampurkan kat dalam produk tu.. Kebanyakkan produk bukan diformulate oleh nutritionist atau chemist atau pharmacist pon. Kebanyakkannya produk belakang rumah cuma di packing cecantik balik je bila masuk Malaysia. Dan side effect paling teruk ialah Kemurungan…. Badan dah cantik, tapi gila.. Adoi.. nak ke?

Untuk pengetahuan juga, kesemua produk-produk ini sedang diperhatikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di KKM. Mereka juga sedang memantau kesemua blog2 yang mempromosikan produk2 ini. 

Sebagai penjual memang lumrahlah nak dapat untung semaksimum mungkin. Mereka-mereka ni bukan pakai pun produk-produk tu sebab tau dari mana asal-usulnya. Tapi kita sebagai pengguna, kenalah jadi pengguna bijak yang kritis. Badan kita yang akan menanggung akibatnya nanti. 

Trend2 seperti ini telah memberi idea untuk saya sebagai seorang ahli farmasi untuk mencipta ubat kanser seperti kanser kulit pulak kerana saya menjangkakan yang pasti ramai yang akan mendapat kanser kulit dalam jangka masa 5 tahun dari sekarang disebabkan produk-produk seperti ini..(Ini ramalan sahaja!!)

Jadi adik kakak sekalian, tolonglah jangan cepat sangat terpengaruh ye. Kalau boleh check dulu status produk-produk ni di Laman Web Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan di www.bpfk.gov.my atau pun boleh menelefon Bahagian Penguatkuasaan Farmasi di talian 03-78413200 untuk mendapatkan kepastian mengenai produk-produk yang pernah dirampas kerana mengandungi bahan terlarang.

Pasni post pasal produk pemutih plak. dan ubat peransang seks (Ni lelaki paling suka ni)ImageImageImageImage

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s