Senarai produk kesihatan dan kosmetik yang telah disenaraihitam oleh KKM

Ramai dari kalangan kita semakin prihatin tentang produk kesihatan yang diambil dan kandungan kosmetik yang digunakan. Mungkin masih ramai yang tidak tahu agensi manakah yang bertanggungjawab memastikan produk kesihatan dan kosmetik yang berada di pasaran adalah selamat untuk digunakan. Sebenarnya tanggungjawab ini adalah diberikan kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan yang berlokasi di Petaling Jaya. Maklumat lanjut mengenai agensi ini boleh didapati di www.bpfk.gov.my .

Di artikel ini, lebih  bertumpu tentang bagaimana hendak membuat rujukan samada produk kesihatan yang hendak dibeli termasuk dalam produk yang telah disenaraihitamkan oleh KKM.

Senarai produk-produk yang didapati mengandungi bahan campur palsu telah dimuatkan ke dalam Adulterated Product Database di laman sesawang BPF, KKM. Orang awam boleh mencapai pangkalan data berkenaan di www.pharmacy.gov.my dengan memilih butang “Search Adulterated Products” di bawah menu “Public”. Senarai produk-produk yang dipaparkan meliputi kosmetik, makanan serta ubat tradisional yang berdaftar dan tidak berdaftar yang telah dikesan mengandungi bahan campur palsu yang tidak dibenarkan dan boleh membahayakan kesihatan pengguna sekiranya diambil tanpa pengawasan profesional kesihatan.

Selain itu, senarai produk-produk berdaftar / bernotifikasi yang telah dibatalkan atas sebab dikesan mengandungi bahan campur palsu juga dipaparkan di laman sesawang  Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK), KKM di www.bpfk.gov.my di bawah menu “Cancellation of Registration of Traditional Products” dan “Cancellation of Notification of Cosmetic Products“.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pengguna dinasihatkan supaya tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) kerana tidak dijamin keselamatannya. Pihak KKM mengalu-alukan laporan dan aduan orang awam mengenai kedai-kedai atau saluran yang disyaki menjual ubat-ubatan tidak berdaftar. Orang awam boleh menghubungi BPF, KKM di talian 03-78413200 atau mana-mana pejabat Bahagian Perkhidmatan Farmasi negeri.

Posted using Tinydesk Writer iPhone app

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s